'Umar, ummi missed you!

Daisypath Easter gifts tickers

Thursday, May 24, 2012

Tujuh Hari Lagi

Tujuh hari lagi.
Yes, kalau ada rezeki nya tujuh hari lagi jejak lah kaki-kaki kami di KLIA.

Seperti yang dijangka, keputusan beralih angin abang untuk ke 'situ' masih menjadi tanda tanya. Hem, apa kisah sangat. Abang beli tiket one-way je. Confirm-confirm bulan September ni tak menjengah semula ke Jordan. Kami berdua beranak lah yang return semula ke sini. Berdua. Ke bertiga? Entah-entah berlima?

Saya dah selamat menyelesaikan imtihan dua hari lepas. Abang, hari ini. Thumma Alhamdulillah. Urusan rumah, kemas-mengemas, jual-menjual, semua pun tak di urus lagi. Entah kenapa rasa macam sangat lah tidak rajin untuk melakukan semua itu. Dua hari ini pergi berlalu begitu sahaja. Merugikan dan sangat membazir. But what to do. Angin malas datang menerpa di musim-musim begini. Boleh tak kalau nak balik Malaysia sehelai sepinggang sahaja? Bawak diri je. Ooh mana mungkin. Tak mungkin tiada apa-apa yang dibawakan untuk si kecil ku yang di Malaysia sana, kan?

Esok cadang nya mahu keliling satu Irbid. Ya, satu Irbid. Sepanjang lapan bulan bermukim di Irbid ini, tidak pernah sekalipun kami suami isteri menjelajah tanah-tanah sejarah di sini. Untuk pelajar persendirian dan bukan tajaan seperti kami berdua ini, hanya balad sahaja lah tempat shopping kami. Sekali sekala dapat lah ke Irbid Mall. Boring-boring di Irbid Mall, menapak pula lah ke Arabella Mall. Bunyi macam sedap, kan. Percaya lah. Econsave Kapar lebih menarik pada saya. Haha, berlagak sungguh saya kali ini^^

Okey, sepanjang lapan bulan merindui Malaysia, [Ya, saya RINDU Malaysia!] dapat lah saya buat kesimpulan bahawasa nya saya rindu untuk memandu BDK 4513 yang sangat berjasa itu. Saya rindu untuk memberi duit kepada peniaga pasar malam Sabtu di Taman Meru 4. Baik ke saya? Saya beri duit kerana saya mahukan pau goreng inti kacang. Dan saya juga mahukan tau fu fah kuah putih RM1.20. Ooh saya sudah tidak dapat menahan perasaan! Saya juga merindui murtabak di Kampung Kerinchi yang berharga RM2.50 satu, beli 4 jadi RM10 dan semua saya punya! Perlu ke semua saya senaraikan di sini? Perlu, supaya selepas membaca entri ini, saya bersemangat untuk mengemas pulang ke Malaysia ku ter-chenta.

Senarai masakan mak? Tak payah cakap. Tak tersenarai! Kalau mak masak nasi dan telur goreng sahaja bagi saya makan pun pasti ianya sangat-sangat-dan-sangat marvelous!





Allah, tolong peliharakan ahli keluarga kami.
Aku tersangat merindui mereka!

Wednesday, May 16, 2012

Allah tu, hebat kan?

Bismillah Walhamdulillah.

Apa khabar anda semua. Akhir-akhir ini ujian yang hadir, selalu sahaja menyesakkan dada. Allahu Allah. Betapa nipis nya iman tatkala menghadapi peperiksaan dari Dia ini. Hari ini seperti selalu nya, saya berhubung dengan ayah melalui skype. Kebetulan suami baru sahaja menambah gig untuk melancarkan penggunaan Internet di rumah kami ini yang selalu sahaja lambat seperti nya siput sedut.

Perkhabaran emak perlu menjalani dialysis oleh ayah tanggal 7 Mei lalu benar-benar menyesakkan dada. Ibarat pisau yang di toreh, merobek isi yang menatijah kan kepedihan yang bersangatan. Emak itu, terlalu banyak di uji. Dari kecil nya, dia seorang yang sangat berusaha. Seorang gadis kampung yang kehidupan keluarga nya tidak lah semewah mana. Seusia 11 tahun, telah dipercayai oleh teman-teman untuk membuatkan baju kurung dan 'baju berfesyen' yang pelbagai. Emak seorang left-handed yang super-duper-creative. Lapan tahun mendirikan rumah tangga, baharu seorang anak yang dianugerah dan diamanahkan kepada nya. Dan kekal seorang sehingga kini. Di awal usia nya, dia seorang yang aktif berpersatuan. Gerakerja nya teliti. Selalu sahaja ada yang dimarahi andai berlaku kesilapan kecil. Kerja nya cekap dan pantas. Otak nya ligat mengira. Emak pandai mencari duit, dan pandai menyimpan duit.

Tubuh yang bakal berumur 54 tahun pada 10 Jun ini itu semakin lama semakin mengalah kepada keadaan. Emak seorang penghidap Diabetes Mellitus semenjak saya berusia sembilan tahun pada 1995. Dua tiga tahun kebelakangan ini, emak di-suspect menghidap hypertension. Dan pada waktu itu emak semakin lemah dan semakin kurang mampu bergerak pantas seperti dahulu nya. Dek kerana itu, baru timbul pula di pengetahuan para pengamal perubatan bahawasanya emak mempunyai satu buah pinggang sejak lahir! Subhanallah mashaAllah. Betapa emak ku sungguh kuat Ya Allah.

Hari ini saya menangis lagi. Untuk kali yang entah ke berapa. Andailah jarak Jordan-Malaysia ini seperti nya jarak Kuala Kubu Bharu-Meru sahaja sudah pasti saya terbang pulang dan memeluk tubuh itu dengan penuh kasih sayang dan kerinduan. Sungguh saya amat merindukan emak. Rindu. Allahu Allah. Bahu suami tempat saya berpaut, menangis semahu nya selesai solat hajat berjamaah kami untuk emak.

Lalu dalam tangis itu abang bertanyakan soalan. "Kipas, bantal, tilam. Semua tu, apa maksud nya?" Saya kekeliruan dengan soalan yang seolah tergantung itu. Kali ini dia pandai bersimbolik. Saya mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Manusia itu lemah. Setiap ciptaan manusia itu menunjukkan manusia itu lemah. Allah tu, hebat kan?" Allahu Allah. Saya menangis lagi. Abang menyambung, "Manusia memerlukan bantal dan tilam untuk tidur. Memerlukan kipas untuk sejuk dan tidak kepanasan. Allah tidak memerlukan semua itu malah Allah lah yang mengizinkan semua itu berlaku pada kita. Minta lah pada Yang Maha Hebat itu. Doa lah pada Dia."

Sungguh kadangkala perasaan yang bercampur-baur itu selalu sahaja diletakkan di tempat pertama mengalahkan Yang Maha Hebat itu. Allahu Allah. Terima kasih kerana meng-ilham kan perasaan dan peringatan itu kepada abang justeru, mengingatkan saya terhadap kebesaran dan kasih sayang Mu. Terima kasih Allah.

Semoga, emak sentiasa sihat dan terus sihat. Semoga, ayah juga di beri kekuatan menghadapi ujian ini. Semoga Allah panjangkan umur kita semua agar kita dapat bertemu kembali.

Akak rindukan emak dan ayah!

Mak akak Cantik, Ayah akak Handsome ^^


Tuhan, sihatkan emak ku. Kuat dan tabahkan ayah ku...

Saturday, May 12, 2012

Tahniah buat Dr. Ridhwan Khalil dan keluarga

Bismillah walhamdulillah.

Alhamdulillah, semalam kami sekeluarga di beri ruang dan peluang oleh Allah untuk sama-sama berada bersama para senior-senior bagi meraikan kesyukuran di atas kejayaan Dr. Ridhwan di dalam pengajian Ph. D nya. Majlis bermula selepas solat Jumaat, di hadiri oleh para mutazawwijin, (sebahagian) akhowat dan syabab Irbid. Ada sebahagian nya yang datang dari Amman. Thumma Alhamdulillah, dapat taaruf dengan keluarga dari Amman pula. Tambah kenalan, rapat ukhwah :)

Pelbagai makanan disediakan. Unfortunately memang tak teringat langsung nak ambil gambar. There are curry made by Kak Abidah, meat soup by Kak Izma, Ulam-ulaman versi Jordan, tiramisu di penghujung acara hehe, kuih-muih (seri ayu yang hanya sempat ku santap sebiji sahaja sob-sob) also the roti jala made by abang.

Enjoy the few pic taken by me :')

Pasangan Bahagia Hingga Ke Syurga InshaAllah :)
Kak Aizah dan Ustaz Dr. Ridhwan Khalil

Tahniah buat Kak Aizah yang telah menamatkan pengajian Master (B. Arab),
juga Ustaz Dr. Ridhwan di peringkat Ph.D (B. Arab).

Kedua-dua ustaz dan ustazah ini menjadi idola kami sekeluarga kerana mereka mampu menghabiskan pengajian mereka di peringkat Dirasat Ulya bersama sekalipun
 mereka sudah mempunyai 5 orang anak.


Anak-anak sedang bermain di beranda rumah Kak Aizah.
Irbid, Jordan.

Puteri saya di kelilingi kholah-kholah
*Masyam nya muka kak nyah kite..*

Kak nyah dah kholah Widad

From left;
Abrar al-Itqan, Azimah Nordin (MA Lughah Arabiah), Our 'Ulya, Widad, Mardhiah (MA Usuluddin)



Alhamdulillah ala kulli ni3mah.
Tengok orang dapat Master, dapat habiskan Ph. D,
berkobar-kobar juga nak teruskan belajar sehingga ke peringkat tu.

Alf Mubarak buat semua yang diraikan dari kami sekeluarga.

Cemerlang untuk ISLAM inshaAllah :')

Monday, May 7, 2012

Muhasabah.

Bismillah.

Sebenar nya, nak la buat status di Facebook. Tapi huu, banyak cabaran. Setiap status boleh di putar-belit kan oleh sesiapa sahaja yang belum jernih hati nya. Setiap perkataan boleh di maksudkan dengan pelbagai maksud yang kadang-kadang tidak pernah terlintas pun dalam hati saya untuk memaksudkan dengan maksud-maksud tersebut.

Mungkin pada kita, kita ingin berkongsi pengalaman.
Tapi ada orang menganggap kita berlagak pandai.

Mungkin pada kita, kita ingin menegur kesilapan.
Tapi pada orang, kita bukan siapa-siapa.
Tiada hak.

Tiada hak?
Lalu apakah hak seorang muslim kepada saudara muslim nya yang lain.
Huh. *kesat peluh*

Yang bujang, mahukan 'teman'. Lalu pelbagai status muncul.
Yang baru berkahwin, seronok dengan teman baru, juga pelbagai status muncul.
Yang berkahwin, baru punya anak satu, muncul status-status untuk sang anak pula.
Yang sudah punya anak satu, bertambah dua, mencanang pula pada dunia dengan status-status anak-anak.

Allahu Allah. Semua ini ada pada saya. Ada.

Entah kan bermanfaat entah kan tidak. Entah di sana ada ramai insan kecewa dan bersedih hati kerana belum berteman, sudah berteman-tetapi-belum bercahaya mata, sudah bercahaya mata-tetapi-di uji Allah dengan pelbagai ujian.

Allah.

Lalu janganlah Kau golongkan kami di kalangan orang-orang yang sentiasa berbuat dosa wahai Allah.

Muhasabah lah wahai saya.
Muhasabah lah.

Tuesday, May 1, 2012

Happy Blessing Birthday, Ayah!

Bismillah, wal hamdulillah.

Kehadapan ayahanda Tuan Haji Rahmat bin Haji Mat Alham (semoga Allah merahmati embah)

Hari ini, genap lah umur ayah 56 tahun menurut kalendar masihi. Syukur Alhamdulillah, sehingga hari ini Allah masih kurniakan kekuatan dan kesihatan kepada ayah. Jutaan syukur juga kerana Allah memilih ayah sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang celik mata dan tidak buta mata hati berikutan pergolakan politik di tanahair sendiri. Akak sebagai anak, berasa bangga kerana di celahan puluhan mungkin ratusan ribu sekalian ramai nya manusia yang membanjiri Kuala Lumpur pada 28 April 2012 yang lalu, ayah adalah salah seorang daripada nya. Walau akak tidak turut serta bersama ke sana, cukuplah hati dan perasaan di hantar sama. Apa yang penting, doa sentiasa dipanjatkan demi kemaslahatan semua orang am nya, untuk ayah khusus nya.

Sepanjang 26 tahun menghirup udara segar pinjaman Allah ini, akak tidak pernah sesekali berasa kesal dan menyesal dilahirkan menjadi anak ayah, dan ayah menjadi ayah akak. Sejak akak kecil lagi ayah telah mula mendidik akak memakai tudung sehingga ayah pernah di gelar 'gila' oleh sesetengah orang. Namun ayah kuat semangat, dan berkeras hati menjaga tuntutan syariat. Biarpun penuh tohmahan, ayah tetap tidak mengendahkan 'bisik-bisik kosong' orang lain. Ayah pernah menyuruh akak tidur di rumah orang lain, mengikut ayah orang lain, kerana complain kenapa kena pakai tudung? Isu yang dirasakan kecil oleh seorang kanak-kanak kecil, tetapi isu yang sangat besar di kaca mata orang besar - iaitu ayah!

Ayah dikenali seorang yang bengis di mata setiap dari sepupu-sepupu dan saudara-mara akak. Tetapi akak tidak pernah nampak kebengisan itu di dalam diri ayah, melainkan pada kesalahan-kesalahan yang banyak akak lakukan sejak kecil sehinggalah dewasa. Nyata, seorang ayah hanya dikenali secara rapat dan baik oleh anak nya sendiri. Ayah lah wira bagi setiap anak-anak nya. Begitu juga akak. Ayah lah wira akak!

Terlalu banyak kenangan yang terbina. Entah cukup mahupun tidak hanya dengan satu entri untuk kenangan sepanjang 26 tahun kehidupan bersama ayah. Ayah bukan lulusan dari mana-mana university pun. Ayah juga tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tercatat padanya berpuluh-puluh A. Dengan kelulusan yang tidak sama seperti orang lain, tidak sama sekali akak menobatkan ayah bodoh. Tetapi pada akak, ayah lah orang yang paling pandai sekali. Ayah Allah kurniakan kelebihan dari banyak sudut. Ayah pandai menjahit. Ayah pandai memasak. Mahukan apa? Ayah pakar di dalam Briyani. Rempah Briyani buatan sendiri lebih enak rasanya berbanding yang dibeli di kedai-kedai. Sering sahaja ayah diundang untuk menjadi 'kepala' tukang masak di kenduri-kenduri kahwin. Selalu juga ada di kalangan sahabat handai yang memohon membuat tempahan masakan untuk majlis-majlis mereka. Ayah juga pakar di dalam membuat kuih cakoi. Rekod pernah ayah catat dengan membuat cakoi sebanyak 15kg dalam satu masa, di tempat kenduri tidak lama dahulu. Apa lagi? Tom yam, mee bandung, popiah, lemang, karipap, oohh, malas nak taip lagi. Banyak sangat.

Di sebalik kemahiran-kemahiran itu, ayah sangat mahir juga di dalam ilmu wiring atau pendawaian. Pendawaian elektrik di rumah, tidak pernah memerlukan tenaga orang lain. Akak akan sentiasa ingat, bagaimana susahnya ayah mempelajari selok-belok pendawaian dari kawan ayah sejak ayah remaja lagi. Di herdik, di tengking, di marah, tiada elauan mahupun gaji. Keringat ayah juga yang menyiapkan sendiri rumah kami di Meru, dengan penuh kasih sayang. Di setiap sudut rumah itu, penuh dengan sentuhan kreatif ayah. Ayah mengecat sendiri rumah bahagia kami itu. Ayah seorang yang pandai melukis. Jiwa nya sangat seni. Dan mencintai kesenian! Ayah seorang yang perfectionist di dalam setiap gerakerja nya. Dia seorang yang sangat teliti dan hasil kerja nya sangat baik. Ayah mewarisi kepandaian embah lanang dalam kerja-kerja pertukangan. Sehingga sekarang, tulang empat kerat ayah itu sangat berjasa menyelesaikan projek-projek renovation mahupun pembinaan rumah baru. Ayah estimate harga sendiri. Ayah calculate sendiri. Ayah buat quotation sendiri mengikut harga pasaran. Alhamdulillah, rezeki yang luas dari Allah. Kalau dahulu, selalu sahaja akak di upah oleh ayah untuk menaipkan quotation harga menggunakan PC di rumah itu. Walaupun nilai RM10 sangat biasa bagi kebanyakan orang, namun ianya sangat berharga pada akak.

Ayah membesarkan kami (akak dan mak) dengan gaji seorang Pengawal Keselamatan di Syarikat Unilever suatu masa dahulu. Dengan berkat gaji yang tidak bernilai ratusan ribu ringgit itu, kami sekeluarga; ayah, mak, akak telah selamat menunaikan fardhu haji pada tahun 1999. Alhamdulillah. Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Sangat berterima kasih kepada mak dan ayah. Dan sangat berbahagia mempunyai mak dan ayah sebagai mak ayah akak. Orang lain, gajinya berjuta - tetapi tidak pernah sampai ke rumah Allah.

Ayah mula memperkenalkan akak dengan huruf-huruf dan tulisan-tulisan sejak berusia 3-4 tahun. Kata ayah, perkataan pertama yang akak pandai baca dan eja adalah 'Harakah'. Yang berwarna Merah dan besar itu. Ayah teliti, dengan perkembangan akak dari sehari ke sehari. Ayah mencintai akak tanpa syarat. Setiap masa, detik dan ketika, tidak pernah ayah lupa untuk memberi pesan-pesan-dan-pesan. Di samping segala pesanan lain yang penting, selalu dan paling utama adalah jaga solat, serta pandai pilih kawan. Ayah cukup marah kalau akak bangun subuh lewat. Ayah selalu bising kalau akak tidur semula lepas subuh. Waktu kecil-kecil dahulu, pagi-pagi ayah akan bawa round naik motor Yamaha biru ABK 5771 ayah ke Pantai Panorama di Pantai Hillpark, Kuala Lumpur. Udara nyaman nya masih terasa segar di kotak fikiran akak walau sudah berpuluh tahun dahulu. Di puncak Pantai Panorama itu lah, pada akak yang ketika itu masih berusia 7 tahun, terasa seperti dapat melihat satu bandaraya Kuala Lumpur!

Di usia akak belasan tahun, ayah telah membulatkan hati untuk menghantar akak bersekolah asrama di Sabak Bernam. Walaupun jarak dari rumah ke sekolah hanya lah dua jam, tetapi itu sangat lah jauh bagi seorang anak yang berstatus anak tunggal seperti akak. Ia sangat lah susah untuk berjauhan dari 'ketiak mak'. Ia sangat lah tidak menyeronokkan untuk makan segala yang tidak sedap sesedap masakan mak. Tetapi itu lah rencah dunia. Kali pertama ayah mengajar akak berjauhan, erti berkorban demi menuntut ilmu, malah - erti merindu! Sejak itu, akak selalu merindukan mak dan ayah. Zaman dahulu yang tidak punya teknologi canggih seperti sekarang, sering sahaja akak ternanti-nanti kiriman surat daripada ayah ke sekolah. Motivasi yang cukup didambakan oleh seorang anak. Ubat yang mujarab bagi menyembuh kelukaan. Ayah pandai memotivasikan orang lain, dan ayah seorang yang SANGAT RAJIN MEMBACA. Ini memang tak boleh nafi. Sebab itu, ayah adalah seorang yang cepat belajar, dan mudah mengingati apa yang di baca. Ayah pandai ber-facebook-ing sendiri. Pandai ber-skype sendiri. Hanya dengan sekali ajar, ayah dah boleh faham. Dan kebanyakan yang lain, ayah hanya explore sendiri je. *Tapi susah la nak jadi macam ayah ni -_-"*

Waktu nak ke sekolah kecil-kecil dahulu di Brickfields, selalu sahaja akak mengelat siap lambat-lambat. Sebab tak nak naik bas Ah Chong. Nak ayah hantar kan. Balik kerja, letih-letih ayah tetap hantarkan naik ABK 5771 tu lah. Peluk belakang ayah, lalu Jalan Travers, lalu depan Klinik Nathan, lalu Klinik Bangsar, sampai sekolah. Ooh best nya! Balik pun macam tu, selalu nak ayah ambil. Rasa bahagia ada ayah, walaupun tak naik Pajero macam Ikha Karmila. Hehe.

Masa sekolah kat Meru, ayah belikan basikal racing, jenama Norton. *Dah hilang pun basikal tu -__-" * Dah jarang-jarang ayah ambil-hantar sebab sekolah dekat. Masa sekolah di Batu 38, pun selalu ayah hantar balik ke asrama. Jarang-jarang akak naik bas sendiri. Macam tu juga masa di Matrik UIA. Walaupun tiap-tiap minggu akak balik, tiap-tiap minggu ayah bising sebab akak balik, tapi tiap-tiap minggu tu jugak lah ayah tak pernah biar akak balik sendiri. Mesti ayah hantar. Hehe.

Masa di UIA Gombak, ayah siap hantarkan motor akak BHM 5471 ke UIA supaya akak mudah bergerak. Tapi bila balik ke rumah, again, ayah ambil dan hantar pulang. Macam tu juga lah di Darul Quran. Hampir setiap minggu balik. Tahu-tahu dah kat Meru je, akak mintak ayah ambil. Hem, tiap-tiap minggu hari Ahad tu lah ayah bising sebab nak kena berhadapan dengan jammed and everything. Bertamu ke Kuala Kubu Bharu pula BDK 4513 tu. Ayah keep bising-bising, tapi tak pernah sampai hati biarkan akak balik sendiri. Manja, manja, anak manja! *Ooh, aku baru sedar rupanya aku ni memang anak manja*

Bila dah masuk kerja pun gitu jugak. Start dari SMK Taman Klang Utama, Maahad Tahfiz Integrasi Sains & Tekno, SJKC Chung Hua, SK St. Anne's, SK Seksyen 20 semua ayah pernah hantar! Dan banyak kali hantar. Asal lambat je, ayah lah yang kena hantar... MashaAllah, mulia sungguh hati ayah.

*Hoohh, penat dah ni :p *

Terlalu banyak-terlalu banyak untuk akak nukilkan di sini kehebatan dan keistimewaan ayah. Bukan sedikit jasa-jasa dan bakti ayah kepada akak dan (kini) anak-beranak akak. Seingat akak, pada setiap hari lahir ayah, akak pernah menghadiahkan ayah selipar berharga RM 19.90. Waktu tu rasa mahal sangat dah tu. Pernah juga akak menghadiahkan ayah set spanar (beli kat kedai RM2 hihi) Tak pernah langsung rasa nya akak menghadiahkan ayah apa-apa bentuk barangan pun yang bernilai ratusan ringgit. Tak pernah sekali pun.
Mana ada duit -____-"

Dan untuk kesekian kalinya untuk hari lahir ayah tahun ini, akak tidak punya wang untuk hadiahkan ayah apa-apa pun T_T. Hanya doa di setiap detik dan waktu sahaja yang mampu akak hadiahkan semoga ayah dan mak serta 'Umar sentiasa sihat, dan terus sihat.

Ayah yang dicintai Allah,

Doa akak, semoga setiap dari angka umur ayah diberkati Allah. Setiap penat lelah ayah, bersabar di dalam mendidik mak dan akak, bersabar dengan karenah manusia di sekeliling ayah di balas dengan ganjaran syurga oleh Allah. Di usia ayah 56 tahun ini, ayah tetap handsome dan smart seperti nya ayah akak kecil-kecil dahulu. Walaupun uban penuh di rambut, putih-putih juga di janggut dan misai, ayah tetap muda di mata akak. Kasih sayang dan curahan cinta ayah, sentiasa membuatkan akak tidak sabar untuk pulang ke rumah, dan habis kan duit syiling ayah banyak-banyak!!!


Ayah, nak duit! :') *boleh tak? hik hik*


 Ayah dan 'Umar
Gua Ashabul Kahfi, Jordan
16 December 2011

 Mak, 'Umar dan Ayah
Petra, Jordan
30 December 2011

 'Umar dan Ayah
Laut 3Aqobah, Jordan
31 December 2011
 Ayah, 'Umar dan (almarhum) mbah lanang
Kg. Sungai Belukang, Selekoh, Bagan Datok, Perak
22 January 2011

'Umar dan (almarhum) mbah lanang
Kg. Sungai Belukang, Selekoh, Bagan Datok, Perak
22 January 2011





I LOVE YOU MORE THAN EVERYTHING.
HAPPY BLESSING BIRTHDAY, AYAH!
(1 MEI 1956 - 1 MEI 2012)


err.. satu dunia sambut birthday ayah.
Happy Labour Day juga pada semua :')

Friday, April 20, 2012

Ahlen Ya Robe3 !!

Bismillah,
Walhamdulillah.

Kata senior. Di negara Jordan ini, tidak lah obvious mana bunga-bunga an nya seperti di kebanyakan negara empat musim yang lain. Tetapi Alhamdulillah, sempat lah saya merakamkan gambar bunga sakura buat tatapan mak dan ayah di Malaysia. Dan semalam, ada beberapa jenis bunga lain yang sempat saya ambil di sekitar bandar Irbid ini. Ensha2llah akan ambil lagi gambar lepas ni. :')

 Sakura di hadapan Masjid Nouh Al-Qudhoh
Irbid, Jordan
(dikenali juga sebagai Masjid Jame3ah)

 Anak perempuan ummi,
dan ummi.

 Zakiyyah 'Ulya



 Subhanallah!






Si cantik Mawar.



Ensha2llah, petang ni nak bersiar-siar lagi sekitar Irbid.
Kalau nampak bunga yang cantik-cantik lagi, boleh snap se-pic dua.


Salam Jumaat Yang Penuh Barakah!
:')

Friday, April 13, 2012

Travelog : Mengelilingi Dunia Dalam Tempoh Satu Hari?

Alkisah nya bila saya mengepost di wall 'Wajhu al-Kitab'..

Sempena hari lahir saya semalam, saya telah bermurah hati untuk menaja anakanda saya dan suami saya untuk ke KOREA pada petang ini inshaAllah. Jika di izin kan Tuhan dan punya fulus yang lebih, saya akan bawa juga mereka berdua ini menjelajah ke seluruh pelosok dunia, juga pada petang ini.

Doakan saya berjaya!



Hak hak hak.
*gelak jahat*


Sungguh ni, saya tak tipu! Hanya dalam tempoh sepetang, saya mampu membawa encik darling habibi, dan miss darling habibah (eh boleh ke macam ni? aish!) mengelilingi hampir satu dunia! Satu dunia ok! Kami pada mulanya pulang ke Malaysia. Rindu kampung halaman kan, kata nya :') Kemudian, kami ke Korea Selatan. Seterus nya ke Bahrain, Libya, Brunei Darussalam, Egypt, Palestin, Somalia, Sudan, Kuwait, dan Arteria (alamak, macamana ye nak eja nama Negara ni?).

Tak percaya? Sila scroll down untuk bukti ^^

 Ini di Negara Jordan. Di dalam Kulliyyah Syari3ah, University of Yarmouk.
Thobiq Tsani.
Creative tak diorang?

 Ammu from Bahrain.
"Awat qalit ngat ang tenung anak dara aku tuh?"

 Negara Bahrain. Tu dia sebelah tangan saja dia pegang Kak Nyah!
*Cer nengok ikan diorang, bukan di air, tapi di board. Kih kih kih*

 Egypt! (Mesir)

 Tiba-tiba terserempak pulak dengan old-friend aka classmate di Markaz Lughah dulu.
*Budget old la sangat, semester lepas je pun*
From left : Thurayya (Suraya), Ruba, Me and 'Ulya.
They both from Taiwan. Learning Arabic Language huna.

 Si handsome saya ini memang begini. Kalau snap pic dia, selalu sahaja matanya pejam.
*Mencik!*

 Ahaa.. Ini baru betul-betul gadis Korea!
Yeseul Kim nama nya. Juga classmate saya di Markaz Lughah.
Tapi Doctor semua bagi nama kat dia "Jumana"

 Malaysia, Taiwan, Korea.
*Awat? Angpa ingat tak dak orang bangsa asing ngaji cakap Arab ka?*

 Err.. Ni kat negara mana ni?
Kenal bendera mana belakang tu?
Ha, negara 'tu' la!

 'In front of' Negara Korea.
Susah nak masuk, ramai sangat nak melawat negara dia. Maklum, majanan.
Dengan kawan dari Syria. Kenal di Masjid Jameah.
*Sorry, tak ingat nama dia -__-" *

 Libya.

 Negara Brunei Darussalam :')
*Kak Nyah : "awat banyak sangat gantung-gantung warna-warni tu? Nak boleh tak?" *

 Negara Somalia.

" صباح الخير"




Tak tipu kan?
*hik hik*
(gelak kan korang lagi)


Sebenarnya, ada Ma3rod Tsaqofi di Jameah Yarmouk, Jordan. Kami pergi ni, masa 10 April 2012. Semua negara turut terlibat dalam 'mempamer', dan 'mempromosi' kan negara masing-masing di mata dunia. Jangan kau orang tidak mengenali Malaysia sudah. Malu aku -_-" Kalau di IIUM tu, lebih kurang Ummatic Week gitu. Eheh.

Jangan marah ye. Saya bergurau saje.
Sila senyum macam ni. :')



Ok, terima kasih. Nanti datang lagi ye. Kita jalan-jalan gi Europe pulak.
*Hak hak*
 

Memoir Sebuah Kehilangan; Mereka Muslimah Yang Hebat!

Entah kenapa,
dua tiga hari ini, ummi sering menjengah dan membaca tulisan dari blog ini.
Ummi langsung tidak pernah mengenali dirinya. Hanya ummi terjumpa pautan link nya di laman 'group' Facebook, yang di 'suggest' kan oleh teman-teman. Jarang kiranya ummi membuka link-link yang dipautkan di sana. Entah kenapa, terdetik hati untuk membaca dan 'singgah sebentar' di situ.

Ummi terpaku.
Dia insan yang sangat istimewa mashaAllah! Allah benar-benar nombor SATU dihatinya. Masakan tidak, dia mampu tersenyum, dia mampu melawak, malah dia mampu tabah. Di saat ummi nya pergi meninggalkan dia. Pergi yang tidak kembali. Ummi terfikir, adakah ummi mampu secekal dia? Andai ummi berada di tempatnya?
AllahuAkbar, ummi tak sanggup! Dia kehilangan ummi nya, di saat usianya (ummi kira) masih muda.

Lalu ummi sering terfikirkan mak ummi. Mahu segera pulang ke Malaysia, berbakti sebanyak yang mungkin kepada mak. Selama ini, sering gaduh dengan mak. Sering lawan cakap mak. Sering tingkah pendapat mak. Sering menegakkan benang yang basah, memenangkan pendapat sendiri. Tapi mak tak pernah letih mencintai ummi. Ummi tahu itu!

Segera ummi teringatkan seseorang.
Wanita ini juga, tidak pernah ummi kenali. Punya hati yang cekal mashaAllah. Di kala cinta di alam pernikahan masih mekar dan mewangi, Allah telah lebih dahulu menjemput cinta nya pergi menghadap sang pencipta cinta nya. Dia kehilangan suaminya di usia yang juga muda. Subhanallah. MashaAllah. MashaAllah.
Ummi baca kembali catatan kenangan nya bersama suaminya.
Adakah ummi mampu setabah dia, andai Allah menjemput abi pada bila-bila masa, di saat kamu (Yop dan kak nyah) masih kecil seperti sekarang ini? Allah, Allah.....

Segera ummi message kepada abi, "Sayang, lekas pulang. Ayang rindu!"
Pulang sahaja abi dari halaqah ilmu nya, ummi menangis sepuasnya. Memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan ummi pada abi. Abi tidak pernah jemu mentarbiah ummi dengan penuh kesabaran. Abi tidak pernah letih memberi semangat agar ummi kuat demi menuntut ilmu. Abi tidak pernah kedekut meminjamkan bahu untuk ummi menangis semahunya. Abi tidak pernah leka meninggalkan ummi berjalan berseorangan di negara orang ini andai dia tiada kemaslahatan lain. Allah. Ummi takut andai abi di jemput oleh Nya, tiada satu bakti pun yang mampu ummi berikan kepada abi..

Anak-anak ku yang diredhai Allah,
Ada satu lagi kisah wanita hebat yang di uji Allah dengan kehilangan anak sulong nya ketika dia masih bergelar seorang pelajar. Subhanallah, dengan hati yang tabah. Dia menerima taqdir Allah dengan hati yang penuh redha. Ummi pernah membaca tulisannya di blog peribadi milik nya. Blog itu didekasikan khusus untuk merakam pengalaman membesarkan anak-anaknya. Lalu ummi buka kembali lembaran teknologi itu buat kesekian kalinya. Sungguh, ummi tidak setabah dia!

*Tuhan, tolonglah jadikan aku insan yang bersyukur*


Ya ALLAH,
aku menyintai insan-insan yang hadir di sekelilingku. Tolonglah berikan aku kesempatan menggembirakan mereka. Tolonglah berikan aku peluang berbakti untuk mereka.

Mak,
Ayah,
Abang,
Anak-anak ku...

Mereka adalah anugerah-anugerah terindah yang Kau pinjamkan buatku. Ajarilah aku mensyukuri segala nikmat Mu wahai Allah..

T___________T


Dan (ingatlah) tatkala Rab (Tuhan) kamu memberi peringatan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya ditambahkan (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku (Allah) sangatlah pedih.”


Jadikan kami insan yang beriman ya Allah!
Jadikan kami hamba yang Taat ya Allah!
Jadikan kami hambaMu yang bersyukur ya Allah!



Ummu Umar
13 April 2012
Irbid, Jordan
12.02 am

Monday, April 9, 2012

Catatan 9 April 2012

"selamat hari lahir ayah doa semuga hidupmu diberkati Allah selalu salm dri mak ok umar ngacauni.."
Berbaki beberapa minit sebelum hari melabuhkan tirainya. 9 April kali ini benar-benar istimewa. Terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan yang menceriakan suasana. Juga ingatan dan doa tulus ikhlas dari mak, ayah serta anakanda tercinta yang jauh di Malaysia sana.
Tahun ini, genap lah usia saya 26 tahun, mengikut kalendar masihi. Walaupun angka bukan lah segala nya, namun ia tetap mencerminkan kematangan seseorang dalam mengharungi kehidupan. Muamalah secara 'profesional'. Perkongsian yang harapan nya tidak di anggap 'mendabik-dada'.
Alhamdulillah. Di usia 26 tahun ini, saya masih punya mak yang sentiasa terus mendoakan saya. Masih punya ayah yang terus-terusan meniup semangat kepada saya. Punya suami yang penyabar. Dia lah rakan karib yang memotivasikan saya. Dia lah guru yang mengajar saya. Dia lah teman tempat saya mengadu masalah. Dia lah doktor yang merawat saya. Dia jua lah murokib kekal saya, sepanjang keberadaan di negara orang ini. Saya juga punya dua anakanda yang Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan dan kesempurnaan sifat kepada mereka. Malah saya punya teman-teman yang mashaAllah sangat ramai di luar sana, yang sentiasa terus bersama saya melalui suka-duka kehidupan.
Jika di hitung terlalu banyak nikmat yang di beri sepanjang kehidupan ini. Namun sebesar-besar nikmat yang paling wajib saya syukuri adalah nikmat Iman dan nikmat Islam. Sungguh manusia itu seringkali lalai dari mengingati Tuhannya, melainkan apabila sesekali di uji, baharu lah terasa berat nya melalui liku-liku kehidupan.
26 tahun yang lalu,
seorang mak yang bernama Nor Hayati binti Norhan itu yang telah melahirkan saya. Dikhabarkan mak menanggung kesakitan yang lama untuk melahirkan saya. Lahir dengan berat yang hanya 1.97 kg. Emak yang berhati murni itu memilih untuk melahirkan saya di rumah arwah opah dan atok di Selekoh, Bagan Datok Perak dari di hospital. Bimbangkan kata-kata doktor, bahawa peratusan untuk saya hidup adalah 50/50. Sungguh takdir itu adalah di Tangan Allah. Emak selamat melahirkan saya dengan penuh kepayahan. Subhanallah, Syurga lah untuk mu mak! Saya di belai dan di manja dengan penuh kasih sayang. Walaupun tidak mempunyai adik-beradik yang lain, mak sesekali tidak pernah mengajarkan saya hidup bermewah-mewahan.
Mungkin saya tidak selembut wanita lain di luar sana. Pembawakan saya kasar. Perawakan saya bengis. Sifat yang banyak itu, terangkum di dalam diri saya yang seorang. Saya sama sekali tidak pernah menyalahkan mak dan ayah di dalam didikan mereka terhadap saya. Mereka bukan lah orang yang belajar tinggi di Universiti. Namun saya tahu jauh di sudut hati mereka mahukan segala yang terbaik buat saya, satu-satu nya anak mereka. Seperti mana saya mahukan yang terbaik buat anak-anak saya.

Terima kasih mak. Terima kasih ayah. Terima kasih abang. Terima kasih anak-anak ummi.
Tuhan, pandang lah kami dengan penuh kasih sayang!

9 April 2012
11.57 pm
Irbid, Jordan.

Sunday, April 1, 2012

April 1, 2012

Exam bulan ni:
(Imtihan Thani)


4 April : Mu'amalat Iqtisodiah Al-Mu'asoroh

7 April  : Bahasa Arab Istidroki

9 April : Fiqh Al-Aiman


15 April : 'Ulum Al-Quran


17 April : Maharot Injiliziah



Doakan saya!

Saturday, March 24, 2012

Abomba dan Lambada

Pagi tadi, saya bersama suami membawa si puteri ke Markaz Sihhi Dhohiyah Hussin, untuk mengambil vaccine. Sepanjang lahir, sekarang ni dah empat bulan, hanya BCG sahaja yang pernah di cucuk ke tangan si kecil kami Ulya. Ummi abi yang konon-konon sibuk ni selalu sahaja 'ter' missed untuk bawa si kecil ambil vaccine. Mula-mula, tangguh kerana nak ke umrah. Kemudian tangguh lagi kerana ummi yang takut kena marah dengan nurse sebab tak bawa pergi inject. Kemudian berikut nya, tangguh kerana ummi abi exam. Sehingga la hari ni, sepatutnya suami berada di Dewan Al-Kindi untuk wacana perdana, terpaksa keluar awal di atas desakan saya.
Alhamdulillah 'ala kulli hal, Ulya berjaya di inject di kedua-dua belah peha nya. (OPV dan Hib, HBV, DPT)
Next injection will be on 30th April. Semoga ada kelapangan waktu inshaAllah. Kalau Umar dulu, tak pernah missed dan tak pernah lewat daripada tarikh, selalu on time! Kesian Ulya tau ummi -_-"

Selesai dari upacara meng-inject anakanda, kami pulang ke rumah dan bersedia untuk solat 'Asar. Maka selesai dari solat, berdua-dua bertiga-tiga-an lah kami menapak menuruni bukit untuk ke suatu tempat yang dikenali warga Irbed, iaitu 'Balad'. (Ok, yang menapak tu berdua je. Ulya dalam buggy) Abi yang nak pergi cari barang keperluan dapur,  ummi sibuk-sibuk nak ikut sama. Dasar ummi, pengikut! Dalam perjalanan, abi mengingatkan ummi tentang suatu kisah yang pernah dia ceritakan dahulu pada ummi, tapi ummi dah pun tak ingat. Sebenarnya ingat, tapi biasa lah, nak korek-korek memori tu simpan kat file belah mana kan.

Maka dengan gelak-gelak tawa gitu, abi pun start cerita. Kisah nya tentang pelajar baru yang baru sahaja sampai ke sebuah negara di Timur Tengah untuk melanjutkan pelajaran. Alkisahnya pada suatu hari, si A ini (aku bagi nama dia Hamoudeh lah, sedap sikit) tiba giliran untuk beliau memasak. Dijadikan cerita, tong gas di dapur dah pun kehabisan gas nya. Jadi kena lah refill kan, mana pulak boleh nak masak je without gas. Bertanya lah si Hamoudeh ni pada kawan-kawan nya, "gas dalam bahasa arab apa?" maka menjawab lah dari mereka, "Abomba" Lebih kurang gitu lah kata suami saya.

Orang bujang, tak ada isteri, tak ada anak-anak, boleh je lah duduk di tingkat enam. (Kalau ummi, mahu pengsan!) Sepanjang perjalanan menuruni anak-anak tangga tu, maka 'berzikir' lah anak muda ni tadi. Abomba, abomba, abomba.... Sehingga lah entah macamana, ter 'switch' abomba jadi 'Lambada'. Zikir diteruskan, tetapi bukan lagi abomba. Sudah tukar ke Lambada. Lambada, lambada, dan lambada.

Sesampai sahaja di kedai, dengan penuh yakin nya si anak muda ini tadi minta lah pada tuan tokey kedai. "Bagi aku lambada!" Dengan tercengang nya ammu tu, dia tanya balik pada Hamoudeh. "Engko nak apa?" "Lambada!" Jawab Hamoudeh, penuh rasa tak bersalah. Ammu tunjuk itu, tunjuk ini semua nya bukan. (agak nya dalam hati ammu tu nak je aku cekik budak nih) Hamoudeh pun kemudian nya membuat gaya, membayang kan rupa bentuk tong gas. Di tambah pula lagi, kedua-dua tangan nya di hayun kan persis seorang tukang masak yang sedang memasak sesuatu di kuali dengan menggunakan dua sudip. (Agak nya, ammu tu garu kepala kot, apehal budak nih)

Akhir nya, setelah beberapa episod penerangan, cakap ayam dan cakap itik tidak berhasil, pulang lah Hamoudeh ke rumah,
dengan membawa bersama biskut! (Ammu kedai bagi benda tu untuk penerangan panjang lebar Hamoudeh)

Sesungguh nya makan lah seisi rumah itu biskut yang di bawa oleh Hamoudeh sebagai makanan pada hari tersebut.

Moral of the story :

1. Bersyukur je lah, sekurang-kurang nya hari tu dapat makan biskut kan.
Kah kah kah :D (Suami yang gelak gini, saya tak)

2. Banyak kan vocabulary. Kena rajin buka-tutup-buka-tutup kamus.

3. Jangan malu, dan mesti yakin! (Seperti yakin nya si Hamoudeh walaupun nyata salah)

4. Errr... korang fikir lah sendiri :P




Ummu Umar
Irbed, Jordan
9.25 malam