'Umar, ummi missed you!

Daisypath Easter gifts tickers

Friday, February 17, 2012

...bertukar ke www.anr-rahmat.com

Do visit us at www.anr-rahmat.com

Alhamdulillah, secara official nya blog keluarga kami telah bertukar ke alamat yang tertera di atas pada Jumaat yang penuh barakah ini. Terima kasih kepada mereka yang (beramai-ramai) menghantar email untuk saya approve kan pembacaan mereka di ruangan blog saya. Oleh kerana tidak punya waktu (yang banyak) menaip satu persatu, saya telah membuat keputusan secara veto nya untuk membenarkan kesemua mereka membaca dengan senang hati tanpa perlu ada kod-kod rahsia lagi. Baik kan saya?

Demikian pula al-kisahnya ada di kalangan mereka yang ramai itu meminta saya menyambung hikayat perjalanan Merong Mahawangsa umrah winter break saya kami tempohari yang tersekat, terdiam, terberhenti secara tiba-tiba. Sesungguhnya kesibukan di dalam fatrah insihab idhofah menyebabkan saya melekakan diri berperang sesama sendiri di web 'sis' (student information system) kegemaran kami. Semuanya demi memastikan survival pelajaran saya dan suami di University Yarmouk ini berjalan lancar, dengan hadirnya 'Ulya di fasal thani ini.

InshaAllah, berikan saya sedikit masa untuk terus memberi penghargaan kepada semua mereka yang membantu menjayakan misi saya mengejar mardhatillah di muka bumi ini. Berdoalah agar peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang di Mekah dan Madinah tersimpan di dalam 'long-term memory' saya, bukan 'short-term memory'. Sesiapa yang pernah mengambil The Principal of Phsycology pasti akan memahami istilah-istilah ini. Lebih-lebih lagi sekiranya beliau pernah hadir bersama-sama saya di Pusat Matrikulasi pada satu ketika, pasti terngiang-ngiang bagaimana Bro. Anwar Omar melukiskan gambarajah kucing dan mengaitkan nya dengan theory-theory tertentu.

Jika www.na5wa.com menulis tentang Mekah, adakah www.anr-rahmat.com akan menulis tentang Jordan? Oh totally no. Blog ini sekali lagi dimaklumkan, sunyi dari artikel politik, sepi dari kupasan-kupasan isu semasa dan sememangnya tidak meng-ketengahkan isu-isu dalam mahupun luar negara. Kalau ada yang berat-berat tu mungkin kopipes. Yang ada hanya, perkongsian pengalaman, catatan kehidupan (agar suatu hari nanti ianya tidak lupus dari ingatan) dan galeri-galeri gambar keluarga, yang besar harapan nya agar ia tidak di CURI. Kalau mahu simpan sebagai koleksi, raikan lah hamba yang empunya entri, sila la MINTA IZIN. sigh.


Bila 'Ulya genap 3 bulan pada 15hb, 'Umar akan genap 1 tahun, 7 bulan.
Kerana 'Ulya lahirnya pada 15/11/2011 dan 'Umar lahirnya pada 15/7/2010 .
Selamat membesar menjadi anak yang soleh dan solehah anakanda-anakanda ku!