Bila di ingat semula. Dahulu saya pernah di tanya. Kenapa saya mahu melanjutkan pelajaran ke Jordan? Jawab saya, kerana di Jordan ada salji! Ketika itu saya berumur empat belas tahun. Berada di Tingkatan Dua. Merangkakan masa akan datang (iaitu sekarang) bahawa saya mahu ke sini (Jordan) belajar, dan bermain salji.
Allah itu Maha Tahu. 11 tahun selepas itu, Dia izinkan saya untuk berada di suatu daerah yang dinamakan Irbid, yang letak nya di negara Jordan. Untuk belajar. Dan 'merasai' salji. Bukan lagi 'bermain' salji. Itupun setelah bersuami, dan punyai anak dua orang.
Alhamdulillah, Maha Suci Allah. Akhirnya dapat juga melihat dengan mata sendiri, bagaimana rupa salji tersebut. Terkena sendiri angin ribut salji. Merasa sendiri, bagaimana berwudhu' menggunakan salji. Dan bersejukan yang teramat, menunaikan solat, di atas rumput yang bercampur gaul dengan tanah, yang telah sangat sejuk, apabila salji nya men-cair. Subhanallah! هذا من فضل ربي
Keputusan di buat serta-merta untuk pergi meredah ke kawasan yang dinamakan Ajloun, yang dikatakan punya ketebalan salji dek kerana kawasan nya yang berbukit. Ala-ala Cameron Highland gitu. Siapa tahu, lepas ini Allah rezeki kan dapat berhijrah lagi bermusafir ke tempat baru. Sekurang-kurang nya Ajloun mengukir sejarah bahawa saya pernah memijak salji di dataran nya walau hanya beberapa minit. Bimbang berlama-lamaan, memikirkan si kecil 'Ulya yang di bawa bersama. Cukuplah sekadar 'merasai' apa itu salji. Saya taajub! Lagi pula, ketiadaan 'Umar si sulong, menyebabkan saya tidak bernafsu sesungguh-sungguh nya. Hati ibu, selalu begitu. Seronok nya, mahu di kongsi semua bersama anak-anak. Duka nya, hanya Yang Maha Esa sahaja yang tahu. Masih tetap berdoa, semoga suatu hari nanti ummi akan dapat bawa 'Umar bermain salji, bersama kak nyah 'Ulya (:

Sekadar gambar biasa. Namun bukan untuk di curi tanpa izin.
Ye. "Apply ke Makkah sudah. Apply ke Jordan sudah. Tinggal menanti jawapan, dan andai ada rezeki, di mana Dia letakkan kami, di situlah kami berdiri. Mungkin kami hanya akan meneruskan perjuangan di tanah air sendiri. Tetapi mungkin juga siapa tahu, rezeki menetap dan bertalaqqi di Tanah Suci telah termaktub untuk kami, dan mungkin juga Bumi Jordan sedang menanti kedatangan kami untuk bermusafir mengembara membawa diri. Hakikatnya, bumi Allah ini luas untuk kita nikmati dan terokai. Cumanya, NIAT itu patut menjadi perkara paling utama dalam menentukan segala perkara. "
Saya sendiri pasti nya tidak pernah ingat bahawasa nya saya pernah menulis dan berfikir (atau berfikir dan menulis?) seperti rangkap-rangkap di atas seandai nya tidak saya dokumen kan di blog ini. Kebenaran itu ada. Tuliskan lah pengalaman. Kerana itu adalah sejarah dan catatan kembara kehidupan mu. Lupa, bahawa saya pernah mimpikan Jordan, di saat 'Umar masih menumpang di dalam rahim kecil saya yang dipinjamkan oleh Allah ini.
Ummi yang merinduimu, saban waktu.
Irbid, Jordan.
11.52am.